Sabar

Assalamualaikum..

Hello/ hi semua..
Mashallah.. Lama gila dah tak update post..
Ye lah.. Sekarang ni dah tak berapa banyak story yang boleh di kongsi kan..
Nanti jemu pulak orang nak baca blog aku ni..
Sebab banyak sangat bercerita masalah dengan orang je kan..

Tak pe lah..
Sekarang ni tak nak cerita sangat pasal orang sebab takut nanti dikatakan membuka aib..
Ape yang berlaku ke atas diri aku dalam tahun ni, biarlah aku simpan..
Untuk dijadikan pengajaran pada diri sendiri..
Bukan tak sudi nak share story, tapi jauhkan diri dari dapat dosa.

Alhamdulillah...
Sedikit demi sedikit, aku dapat belajar untuk memperbaiki diri..
Semakin hari semakin matang, boleh berfikiran lebih jauh..

Semalam, diatas tikar sejadah, segalanya aku mengadu pada Allah swt..
Aku menangis dengan linangan air mata yang berat sangat-sangat..
Aku mengadu sebab ape orang selalu mengambil kesempatan atas kelemahan diri aku.
Aku cepat simpati pada orang.
Aku terlalu lembut hati pada orang.
Tapi orang pijak kepala, orang amek kesempatan atas kebaikan aku.
Bila aku tegas, bila aku marah.
Orang akan kata aku ni tak bertimbang rasa.
Jahat, teruk, tak memahami.
Aku terlalu nak menjaga hati orang sampai hati aku sendiri sakit sesakit-sakitnya.
Tak ada sape yang nak jaga hati aku.

Aku nak marah, tapi aku sedar diri aku.. Aku tak layak nak marah-marah..
Aku cuma mampu menangis.. Supaya aku boleh lembutkan hati aku sendiri..
Segala-galanya aku mengharapkan pada Allah swt.. 
Hanya DIA yang kenal aku, yang memahami aku.. Sebab DIA lah yang Maha Pencipta..
Ape yang mengubat kemarahan aku cuma wudhu', solat, zikir, doa, menangis dan SABAR.
Aku tau ini ujian dariNYA.. DIA rindu doa dan rintihan dari aku..

Aku harap sangat, sifat pemarah, panas baran,iri hati, 
dan sifat-sifat buruk lain yang ada dalam diri aku ni,
Sikit demi sikit lenyap jauh dari diri aku.


 

No comments :