Blog, Final Exam, dan Argghhhhh !!

Assalamualaikum..

Eh! nampak tak ape yang berubah dekat blog aku ni ?

Tadaaa!! Aku dah mule menjinakkan diri dengan kaler pink. :P
Aku tau ade yang mengata aku. Eh! dulu kata anti-pink.. Tiba-tiba pulak blog jadi pink.
Salah blog ker.. Haaaa.... sekali sekala nak jugak ubah, supaya nampak kegadisan tu..
Dah sememangnye aku ni seorang gadis kan?

Sebenarnye aku tengah berdebar-debar. Sebaab dalam masa 2 jam lagi aku masuk dewan exam.
Naa.. sempat lagi update blog kan? Sengal!
Aku dah buat revision dah. Aku rasa dah cukup ape yg aku dah study tu..
Tapi entah la, aku rasa nervous. Hari ni paper Math for IT.
Gila kau, paper Math kot! Sempat lagi update blog.
Aku perlu kan ruang untuk relax..
Bukan ape, aku takut bila aku terlalu kusut,
kejap lagi ape yang aku study, ape yang aku baca tak ingat.
Kekuatan aku sekarang hanya berserah pada Allah swt.
Aku dah ikhtiar, dah cuba yg termampu..

Hurmm.. Sebenarnya aku dah penat nak belajar.
Ape kes ? Orang lain nak sangat belajar, yang aku tak nak pulak ?
Aku nak teruskan pengjian aku, tapi tengok pada keadaan, macam tak de harapan..
Sebab aku tumpukan pada study lah yang aku tak ada masa nak blogging.
Kawan-kawan satu batch masa diploma, dah degree semester ke 4 dah.
Aku masih kat sini lagi.. Usaha, dah usaha dah.
Sampai aku malu nak bertembung dengan kawan-kawan aku kat sekitar kampus.
Diorang selalu kata

Eh! Yus! Wujud lagi kau kat UniKL ni ?

WTF!!! Ape dia ingat aku nak sangat ke repeat semester, repeat subject..
Eh! Penat tau tak? Nak buat macam mana. Aku biul sikit dari korang.
Perlu ke nak tanya soalan yang semacam tu ? Kecik hati aku dengar soalan korang tu.
Biar aku repeat banyak mana sekali pun, asalkan aku tak mudah untuk putus asa..
Selagi boleh repeat, repat lah sampai berjaya.. Tu membuktikan aku tak cepat give up.

Kalau ada company yang nak pekerja yang tak cepat give up,
Nak pekerja yang ada semangat juang tinggi.
Yes! I'm here. Hire me!

Dan sekarang ni, ape yang menambahkan kesedihan aku ialah,
Paper Fundamentals of Network hari Isnin lepas, 26 Mei 2014.
Aku Masuk dewan dengan menghafal segala benda..
Sekali bila bukak soalan, 20% je yang aku baca n hafal ade dalam paper tu..
Selebihnya, aku baca, tapi aku tak hafal n tak ingat!!
Itu satu hal.. Dewan tu campur dengan budak junior sem 1, tp subjec lain..
Masa yang diberi pun lain-lain. Aku jawab bahagian subjectif dulu..
Sebab, kalau aku jawab last minute, aku takut lupa pulak.
Tapi yang aku tak tau aku tinggalkan dulu.
Lepas tu, aku jawab objectif, tapi aku belum tanda kat kertas OMR lagi.
Tiba-tiba, idea kat kertas subjectif tadi datang..
Aku tgok jam, ade masa lagi. Aku tak tau, aku punye jam timing lari sbb nak habes betery.
Lecturer yang jaga dewan tu dia tak alert kan kat student berapa masa yang tinggal..
Dah habes jawab subjectif, aku tanda jawapan kat kertas OMR pulak.
Baru aku tanda nombor satu dengan dua.
Lecturer tu suruh berhenti tulis n hantar.
Damn !! Baru nombor satu dan  dua.
Aku tunjuk kat lecturer tu tinggal nak hitamkan jer.
Dia geleng kepala tanda tak kasi !! Arrrrrrggggghhhhhhhhh!!!!!!
Aku nak mencarut jer masa tu..
Aku tinggal nak hitamkan jer pun, aku dah jawab dah semua soalan, tak kan tak boleh..
Serius aku keluar dari dewan dengan kelopak mata yang bertakung air mata..

Aku tak tau lah. boleh praktikal atau tak semester depan..
Harap-harap ada keajaiban yang berlaku..


No comments :