Tak Tau Ape Motif

Assalamualaikum...

Sebenarnye aku rasa, macam tak de topik pun untuk aku tuliskan kat blog aku ni.. hahaha.. entah kenapa.. hari ni aku rasa macam segala-galanya bergerak dengan perlahan.. (-_-)o

Aiyok.. lain macam je bunyi nye kan ? Hahaha.. ye.. itu lah yang di panggil, KELEMBABPAN KEPALA OTAK !

Okey! tak ada niat aku nak buat korang rasa scary dengan kata aku itu.. Tolong Abaikan..

Ehh.. Dengar cerita, suhu kat negeri Perlis, menurun pada waktu malam. Betul ke? Lagi satu story, nagara jiran kita, Indonesia dituruni salji ? Betul ke ? Wallahualam.. Kuasa Allah swt kan ? Tak sepatutnya kita nak heran sangat.. 'Kun Faya Kun'... tahu kan apa maksud dia ? pernah dengar kan ? okey bagi yang tak pernah dengar, Kun Faya Kun ni bermaksud "Jadilah" maka jadilah iya. Tak faham jugak ? Maksudnya, Bila Allah swt tu nak jadikan sesuatu tu, maka terjadilah perkara tersebut.. segalanya atas kehenda Allah swt. Sebab tu bagi aku, kat atas muka bumi ni, tak ada yang mustahil.. Kalau Kuala Lumpur turun salji, pun boleh jadi kalau itu yang dikehendaki olehNya.

Okay, bukan aku tak suke sebut pasal agama, tapi kalau aku sebut lebih nanti, tersalah pulak.. Tak pasal aku dapat dosa.


kebosanan tahap gabans!

No comments :