Apa Pun Tak Boleh !

Assalamualaikum ...

Wah diam tak diam, senyap tak senyap, dah lebih SETAHUN aku tak bukak blog aku ni. Bukan setakat berhabuk jer, dah beranai-anai dah blog aku ni. Kali terakhir aku update blog ni, masa post bertarikh 27 Julai 2012 - Aku Didera Sekumpulan Keropok Lekor.

Rindu sangat nak mengUpdate blog. Jari pun dah keras untuk menaip. Alhamdulillah.. aku masih bernafas, dan masih boleh ingat email dan password blog ni. Sepanjang aku menyepikan diri dari dunia bloggers ni, banyak suka dan duka yang aku lalui tanpa aku luahkan kat blog ni. Rasanya, aku nak jadi lebih matang dari segi penulisan blog.. hahaha.. (poyo + geli2 =nyampah x2)

Yang paling ajaib nya, sepanjang aku menyepi ni, dah 3 kali aku berpindah. hahaha.. Post yang kali terakhir, masa tu aku masih tinggal di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng. Disebabkan faktor keselamatan dan keselesaan, jadi aku memilih untuk berpindah. Cuba korang search Google pasal tempat tu.. Seriously, memang scary. Kemudian, aku berpindah ke Wangsa Maju, Seksyen 2. Tempat tu, okay, selesa jugak. Tapi perangai member serumah pulak yang boleh tahan scary. MULOT boleh tahan kejam ! Depan nampak baik je, tapi bila post kat facebook n twitter ! aduh ! JAHANAM ! Malas nak cakap lebih-lebih. Tambah dosa je. Jenis aku, tak suke nak cari gaduh lama-lama dengan orang. Orang anti dengan aku, aku MENGALAH. Pindah rumah lain je. Rumah yang aku sendiri cari owner nyer kat Ukay Bistari, Ulu Klang. Rumah ni, aku cari dengan ehem-ehem.. Wahh.. diam tak diam dah berpunya.. Congrats for myself.. Ye lah.. dulu bukan main susah lagi nak cari teman hidup.. Hampir bertahun-tahun aku berendam air mata demi lelaki ! Alhamdulillah.. hubungan dengan ehem-ehem yang sekarang ni rasanya, tersangat serius dan kami berdua lebih fokus untuk membawa hubungan ini ke arah yang HALAL.. Doa-doakan lah ye.. ^_^

Eh.. berbalik kepada cerita rumah yang baru ni.. Actually, rumah yang baru ni pun ade kekurangan nye jugak, walaupun rumah flat ni baru dibina. Pertama sekali, lift kerap rosak, air selalu bertakung kat lot parking moto (bahagian bawah banggunan), structure binaan rumah yang kurang berkualiti contohnya, banyak senget-senget, pasir simen kat tembok luar rumah tak sekata dan senang rapuh, sinki dapur selalu problem, leaking dari rumah atas terutama bahagian tandas (tak tau la air ape..eeuuww), tak disediakan ruang untuk menyidai pakaian dan macam-macam lagi lah. Boleh dikatakan setiap rumah, kat flat tu mengalami masalah yang sama. Memandangkan nak bawak hati yang berduka lara ni, maka, aku pun terima lah rumah tu. Lokasi rumah tu strategik jugak. Tak panas, dan sentiasa angin masuk dalam rumah. Tak ada kipas pun tak pe. Mungkin sebab rumah aku di tingkat atas kot.

Mula-mula aku fikir nak menyewa sorang je, sebab kalau parent aku datang KL, boleh menginap kat rumah aku je. Tak yah la diorang nak tumpang rumah orang, sebab rumah anak sendiri kan lebih selesa. Tapi faktor kewangan jugak. Masa tu baru je nak mula kerja sambilan. Terpkasalah aku cari penyewa. So, aku ajak kawan sebilik aku masa menyewa kat Wangsa Maju. Pada awalnye, dia macam tak nak. Tapi, bila dah tak tahan dengan budak-budak rumah tu, barulah dia setuju nak pindah. Dia sewa bilik kecik sebab murah katanya. Dengan dia ni pun sejak pindah sini banyak yang aku kurang puas hati dengan dia. Aku ni pulak, jenis kalau tak suka perangai orang, aku akan senyap je. Aku nak terus terang masalah aku dengan dia pun, sebenarnye aku rasa serba salah. Ye lah, aku ni pun tak perfect. Aku pun tak tau macam mana nak kawal BENGANG aku kat dia ni sebenarnye. Sebab dia ni, 'lebih sudu dari kuah', lepas tu, kadang-kadang aku dah tegur perangai dia pun, tetap sama jugak, lagi satu, dia macam lebih pentingkan diri sendiri. Haish.. sabar je lah..

Disebabkan aku rasa sewa rumah masih membebankan, jadi, aku buat keputusan untuk sewakan lagi satu bilik kat orang lain. Aku iklan kan kat mudah.my dan iBilik. Alhamdulillah, dapat sorang roomate ni, jenis pemalu. Umur dia tahun ni 27, tapi kalau korang tengok dia, tak macam 27 pun. Humble, cute (macam korea, sbb dia minat korea pun), paling penting, sangat pemalu orangnye dan suke diet walaupun dah kecik, macam budak-budak ! o(>.< )o  Dia menyewa kat bilik paling besar. Aku pun heran, orang sekecik-kecik dia, dok bilik sebesar alam. haha.. Tak sesuai betul. Tak boleh aku nak kata apa-apa, dia pun tak ada kawan untuk duduk sekali. May be, dia nak privacy dan senang dia nak buat ape saje yang dia suke dalam bilik tu.

Sepanjang aku menyewa kat sini, aku tak ada masalah dengan owner rumah sebab dia pun faham condition aku sebagai student dan baru je nak mula kerja. Oh yea.. Owner rumah ni melayu, beragama Islam. Tapi, kalau sembang dengan aku, non-stop. hahaha.. Husband dia macam campuran mat salleh pun ade. Totally, owner rumah ni okey. o(^_^)o

Panjang berjela kan story aku pasal pindah-randah ni. Penat sebenarnye. Buang masa dan tenaga. Tapi, ape boleh buat demi mencapai kepuasan diri. hahaha.. teruk betul kan aku ni punye perangai.. Korang jangan pulak tiru perangai macam aku ni pulak. Asal ade masalah je, lari. Boleh diselesaikan dengan cara baik sebenarnya. Tapi aku cuma takut, aku nak selesaikan masalah cara baik, tapi pengakhiran nye yang tak baik. Jadi aku redha je lah.. TT_TT





No comments :