Rumah Oh Rumah !

Assalamualaikum ~!
Mashallah ~ rindunye aku kat blog ni.. 
Last aku update entry masa awal tahun ni..
Dah berbulan-bualan aku tinggalkan blog bushuk aku ni ha..
Sebelum ni, aku nak update pasal banyak benda yang aku buat sepanjang sem lepas..
Tapi, aku segan nak update sebab aku *nAkMo* nanti ramai yang baca.. 
Malu lah lau orang baca pasal ape yang aku buat sem lepas.. 
(bukan kau buat benda salah pun yang ko nak malu..) bweeekkk ~! :P

*nAkMo* - tak mau/ tak nak

Insyallah, bila ada lagi masa lapang aku, aku akan ringankan blog aku ni ha..
Aku ingat nak buat perubahan sikit kat blog aku ni...
Jeng Jeng Jeng ! 
Tapi tak ada lah sampai aku nak buat blog aku ni girly-geli, pink colour gitu.. 
Haish ! Walaupun rupe aku ni nampak macam dalam hati ada taman..
Tapi hakikat nye, dalam hati aku ni Taman Tema Air.. ooppsss ! Main air lah puleeekk kan ?

Ha.. Entry yang lepas aku ader bagi tau aku berpindah dari Hostel Bangsar, ke rumah sewa di Kampung Baru.. 
Kali ni pindah lagi ! (Kau tu memang asal dari *kaum Nomad ! Keje ko pindah randah jer.)
Ahaks ! nak wat *cenggane.. Dah kene halau.. Redha je lah.. :P
Hahaha..

*Nomad - kaum yang selalu berpindah randah pada masa dulu.

*cenggane/accaner - macam mana ?


Panjang kes aku kene halau ni.. Nak aku citer ke? 
Korang akan rasa malas nak bace nanti sebab berjela-jela.
(Sedor pun! Ko punyer blog ni dah la blog paling membosankan di abad ini. )
Iye la.. Pade sape yang nak tau sebab ape aku kene halau.. ni aku citer kan..


Pada suatu pagi, (ecececee.. dah macam buku citer dak tadika la pulak.)
Haha.. Korunk jangan risau, aku bukan di halau dengan cara yang sangat kejam. >.<
(Tak de sape nak risau kan kau la yana jimbet !)


Aku dan budak-budak rumah aku di halau sebab budak-budak asal rumah aku ni, ade masalah deposit dengan budak yang duduk kat rumah tu sebelum aku.. Aku pun tak igt sangat citer dia mcam mana. Memandangkan budak yang duduk situ sebelum aku tu berkontrak dengan owner rumah, kirenyer, rumah tu atas nama dia, maka dengan segala kuasa yang dia ada, dia tamat kan kontrak rumah tu dengan serta mertanya, dengan alasan, dia nak deposit bahagian dia. Dekat situ terserlah kepentingan kedirisendiriaan.. (Falied BM. maaf..)
Jadi, aku dan 3 orang lagi budak yang baru menetap di situ, diberikan tempoh yang sangat singkat oleh owner rumah untuk kosong kan rumah yang kami duduk tu. 


Ya Allahu Ya Rabbi~ 
Bayangkan, dah lah time tu kitaorang dalam minggu Final Exam, kene keluar dari rumah tu dengan tempoh masa dua minggu SAHAJA, mana nak cari rumah, mana nak sibuk dengan exam lagi. Nak balik ke kampung halaman masing-masing.. Isk .. Isk .. Isk .. 
Berat dugaan yang kitaorang terima.. Tapi Berkat doa, dan kesabaran, di uji dengan ujian yang berat, dikira sebagai kes penganaiyaan, Allah swt makbulkan doa kami.. Dapat rumah yang sederhana, boleh dikatakan agak selesa jugak, dan paling penting murah.. Tapi rumah tu dah tak dapat duduk ramai-ramai sebab keluasannye yang sedikit terhad.. Duduk 4 orang baru lah betul-betul rasa selesa.. 


Dan rasanya di rumah baru kali ni, lebih jimat duit, sebab, dah tak payah la selalu nak pegi makan luar yang mahal-mahal.. Sebab rumah yang baru ni rasa seronok kalau masak sendiri.. Hahaha.. Dok pakat lawan bunyik kuali dengan jiran sebelah rumah laaaa.. haha.. 
Mak Jemah rasa Meriah ! 


Happy Ending kan ? haha.. Tinggallah mereka sekeluarga dengan bahagianya ~! (Ape yang kau merepek ni syaiton ! *ayat Ahmad Nispu dlm citer P.Ramlee-lupe tajok daaa..)


Haha..Aku harap, duduk disini, boleh membawak aku kepada kejayaan.. Sedar tak sedar aku dah nak habis belajar.. Rasanya, baru je semalam aku Register masuk belajar.. Tapi aku kene teruskan lagi.. Sebab nak sambung Degree, Master, PhD (Perasaan Hasad Dengki @ PizzaHut Delivery) dan sebagainye.. hahaha.. (tak lawak pun!)
Insyallah ~


Study sampai berdarah hidung !
Doakan lah kejayaan untuk aku !
Hey ! Esok aku ade Final Exam untuk paper, Tech Math 2 @ Calculus @ Engineering Math.
(Banyak betol nama dia !)
Occey ~! ^_^











No comments :