Penghijrahan Semula.. Bilakah ?

PESANAN SEBELUM UPDATE BLOG :
Entry aku kali ni menyentuh pasal hati dan perasaan aku sebagai seorang hambaNya yang sering melakukan kekhilafan.. Harap yang membaca, memahami isi hati aku sebagai seorang manusia yang lemah.. Nasihatlah aku dengan kata-kata yang tak mengguris perasaan aku yang sensitif ni.. Berikanlah kata-kata peransang dan semangat untuk aku..

Mood Blog : Serius, sedih dan menghayati kisah sepanjang hidup aku.

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni aku tengok dah semakin ramai artis-artis kat Malaysia ni yang dulunya seksi, skirt paras atas lutut,baju nampak lurah dada tapi sekarang dah bertudung lintup.. Sopan dan sangat cantik.. Antaranya Diana Amir, dan  Siti Nordiana.. May be diorang ni boleh dijadikan sebagai role model untuk aku yang dah semakin hitam hati untuk buat satu penghijrahan semula.. 

Kenapa penghijrahan semula ? 
Sebab sebelum aku masuk belajar kat KL ni, aku tak pernah sekali pun keluar dari rumah tanpa tudung, aku tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki yang bukan mahram dengan bersentuhan kulit, dan aku tak pernah kenal dengan lelaki yang ambik apa-apa jenis dadah. Sebab dulu aku dijaga dengan baik oleh Emak dan Abah aku yang aku sayang sangat.. Hidup aku hampir musnah bila aku mula kenal dengan sorang lelaki,"J". Seorang lelaki yang aku hanya tau latar belakang kehidupan dia samar-samar.. Awalnya semuanya ok.. Walaupun aku tau dia spesis playboy, tapi aku masih mampu bertahan dan bersabar dengan dia sebab dia betul-betul tunjukkan sayang dia kat aku.. Sampailah masuk ke awal tahun ni, dia kenal dengan sorang awek "B", yang dia kenal kat tempat kerja dia. Aku ingatkan si "B" ni sama macam toys dia yang lain, rupanya tak, si "B" ikat dia kuat sangat-sangat.. Disebabkan "B" jugak lah relationship aku dengan "J" hancur berkecai.. Aku hilang arah tuju hidup.. Study aku terabai.. Aku keluar and kenal dengan ramai lelaki, sebab dengan cara macam tu dapat hilangkan rasa sedih aku.. Sampai lah satu masa ni, aku dilarikan oleh sorang mamat ni.. Dia dah sapu duit and laptop aku, aku dilarikan ke Johor.. Tapi, dapat dikesan oleh polis.. Aku selamat.. Masa tu aku jadi trauma, takut untuk terima cinta dari mana-mana lelaki, aku hampir jadi lesbian sebab hilang kepercayaan kat mana-mana lelaki pun.. Syukur aku masih ada Mak Abah aku yang bagi aku kekuatan, dan peransang supaya aku terus kuat untuk melawan dugaan hidup... Tapi aku masih sedih.. Walaupun benda tu dah lama berlaku, tapi selalu di ungkit oleh salah sorang darah daging aku.. DARAH DAGING aku sendiri!! Daripada benda yang berlaku tu di rahsia kan, dia mula mengheboh-hebohkan kat Facebook. Dengan nasihat Mak aku supaya aku buang dimana-mana yang dia comment dia.. 

Aku nak menangis, tapi aku cover dengan baca blog-blog member aku. Tiba-tiba aku terpaut kat blog MIGonline ni. Blog ni milik syarikat perfileman Metrowealth.. Ala, Mr David Teo punyer la.. Entry 17 Oktober 2011. Tajuk dia Diana Amir - Semakin Manis Bertudung... http://metrowealthpictures.net/2011/10/17/diana-amir-semakin-manis-bertudung/



Bila aku bukak, aku tenung gambar Diana Amir pakai tudung, tiba-tiba hati aku jadi sayu, aku menangis tanpa aku dapat tahan air mata aku dari terus mengalir.. Memang tak ada kaitan pun Diana Amir ni dengan aku, cuma sedara seIslam je (loyar buruk..) Bukan ape, bila aku fikir-fikir balik, sebelum ni dia seksi sangat-sangat, dalam media tulis dia kaki clubbing, ada gambar dia dgn botol-botol arak dalam club. Tapi dia teguk atau tak hanya dia dan Allah yang tahu.. Tapi itu dulu kan, sekarang dia dah dapat hidayah dari Allah.. Cantik sangat bila dia pakai tudung.. Aku nak sangat jadi macam dia.. Kembali ke jalan Allah, tutup aurat.. Tapi aku tak tau kenapa, bila aku pakai tudung, aku rasa macam orang sekeliling aku pandang aku dan cakap sesuatu yang tak best.. Iye lah.. aku pakai tudung murah, kalau aku pkai tudung, aku pakai baju yang besar supaya tak nampak bentuk badan aku.. Sebab aku ni gemok. Mungkin nampak selekeh, nampak tua, nampak old fasyen.. Salah ke ? Daripada aku pakai tudung, tapi pkai baju ketat, bila ketawa, berdekah-dekah kuatnye.. Bersembang mengumpat.. Erm.. Entahlah.. Kenapa manusia tak suka pandang yang baik ? Aku hilang confident di depan orang ramai bila aku bertudung, aku jadi tak selesa.. Aku cemburu dengan orang lain yang bertudung.. Diorang nampak selesa, diorang nampak confident, and diorang cantik walaupun bertudung labuh.. Aku nak bertudung.. Aku nak macam diorang.. Tapi kenapa aku rasa aku tak mampu.. Bila aku pakai tudung, mcam ada je yang tak kena.. Aku rasa nak menangis.. Masa sekolah dulu mungkin la aku boleh rasa tak kisah dengan penampilan.. Tapi sekarang ni aku dah belajar kat UNIVERSITI ! Dimana semua remaja yang sebaya aku berfesyen, berlumba-lumba untuk nampak cantik dengan macam-macam gaya tudung. Tapi aku? Aku rasa kalau aku duduk dalam kelompok budak-budak kat kampus aku, aku rasa aku macam seorang budak hingusan, budak sekolah yang sesat masa buat rombongan ke UNIVERSITI. Hilang self-confident aku didepan orang ramai.. 

Aku sekarang belajar sikit-sikit fesyen muslimah kat internet ni.. Tapi, semua nye fasyen muslimah yang bersaiz S. Macam mana dengan muslimah yang ber saiz XXXL macam aku ? Lepas tu harga pakaian muslimah pulak mahal.. Kan lebih afdhal kalau harga pakaian muslimah tu harga yang berpatutan sama macam harga baju-baju biasa.. Dengan cara tu menggalakkan lagi Muslimah yang berbadan XXXL ni mampu membeli pakaian yang menutup aurat.. Ni cuma suggestion aku la.. Itupun kalau korunk nak menambahkan pahala kan?

Aku harap, sesiapa je yang baca, faham dengan luahan aku ni.. Bukan aku tak nak bertudung. Aku nak sangat-sangat bertudung. Aku nak sangat-sangat kembali macam masa sekolah dulu.. Tak payah nak fikir pasal ape yang orang kata, and masih innocent, tak melakukan apa-apa dosa besar.. Aku harap sangat, Allah swt turunkan hidayah untuk aku.. Amin.. 

No comments :