Masih Belom Terlambat Lagi Untuk Ucap Selamat Hari Raya kan ?

Sorry Guys ! time cuti pun tak masih tak ada masa terluang untuk update status . . kikiki . .  dah kalah PM kan ? PM pun dalam sebok-sebok pikir hal negara pun masih sempat nak online. . . 


Sepanjang bulan Ramadhan, aku lebih banyak bersahur dan berbuka hanya dalam keadaan sederhana . . Ada jugak sesekali nak rasa makan mewah sikit, aku ikut roomate aku berbuka kat luar, atau aku berbuka dangan kakak aku . . Kalau aku berbuka sorang-sorang, aku lebih suka makan roti kososng atau meggi jer . . hehehe . . Almaklum lah, orang bujang . .


Bila tiba nye hari raya. . . naaa. . . Hamek kat aku. . . Semua orang hidang aku bedal . .  hahaha . .  Nafsu makan datang balik . . Tak boleh nak buat apa la. . . ( ko tuh memang . .  kuat makan . . kan berat badan dah naik . ketat dah baju raya ! )
Oooppppsss ~! Kantoi pulak . .  yup . .  Berat badan aku bertambah bila dah raya ni, sebab habes semua rumah hidangkan makanan , aku makan. .  


Apa pun, raya kali aku terasa betul-betul raya apabila time aku dengan kakak-kakak aku bermaaf-maafan dipagi raya . .  Nak dibandingkan tahun-tahun lepas, time aku bermaaf-maafan di pagi raya, hati aku kering, penuh dengan kegoaan sebab tak nak keluarkan air mata . . Tapi tahun ni, bila aku mintak maaf dengan parent aku, sambil salam dengan diorang aku teringatkan kesalahan aku kat mak ayah aku sepanjang tahun ni, air mata aku mengalir. . . Memang runtuh benteng keegoan aku . .  Aku salam kakak-kakak aku, pelok diorang. . Memang mengalir air mata aku . .


Memang tu lah rutin kitaorang tiap-tiap pagi hari raya . .  Bermaaf-maafan sambil mintak duit raya kat mak ngan abah . .  hehehe . .
So, Aku masih belom terlambat nak ucap  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin kalau-kalau liyana ada terkasar bahasa ada tersalah silap bahasa, ada yang terasa... harap dimaafkan . . 
Occey ~!

2 comments :

kura said...

tahniah. keluar air mata ye. hahah.

Selamat Hari Raya ye! Maaf zahir batin :0

Liyana Yusof said...

kura :: hahaha... mekasih !
Selamat hari Raya kura !!