Sumayyah:: Membuatkan Air Mataku Mengalir

Tajuk Nasyid : Sumayyah
Artis : Hijjaz
Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
Dibelenggu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan
Tetapi hati-mu milik Tuhan
Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah
Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah
Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah


Seharian ni aku dengar lagu nasyid.. Dari satu-satu nasyid bertukar-tukar..
Tiba kat lagu Sumayyah ni tiba-tiba air mata aku mengalir.. 
Aku pun tak sedar yang air mata aku mengalir..
May be sebab aku hayati betul-betul bait-bait lirik lagu ni...
Kawan-kawan yang pernah tau kisah aku, diorang semua kata aku ni kuat, tabah, cekal hadapi masalah..
Tapi sebenarnye TAK.. Keimanan aku tak seutuh keimanan Sumayyah...
Kalau lah aku diberi cubaan macam Sumyyah ni, aku rasa, dah lama runtuh iman aku...
Alhamdulillah ~ Allah s.w.t masih sayangkan aku.. 
Aku tahu, Dia memberikan ujian kat aku mengikut kemampuan ku...  
Allah s.w.t bagi ujian kat aku tanda dia sayang kat hamba-hambaNya...
Aku rindu nak kembali macam dulu.. 
Insyallah ~ jika Allah berikan aku peluang sekali lagi untuk kembali padaNya.. 
Aku tak akan lepaskan peluang tu..

Doaku ::
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Pengampun Dosa-dosa besar ! 
Ampunkanlah dsegala dosa-dosa yang talah aku lakukan selama ini..
Sesungguhnya, aku hanya hambamu yang lemah dan tak berdaya... 
Kau berikanlah kekuatan untuk ku menempuhi segala dugaanMu..
Kau teguhkanlah keimanan ku...

Limpahkanlah segala kasih sayangMu padaku Ya Allah !..
Amin !


Korang doakanlah untuk Liyana jugak ! 
Occey ! 
^_^

2 comments :

kura said...

suka lagu sumaiyah ni. terutama time kores tu. serius rasa insaf jab. hekhek

Liyana Yusof said...

kura:: yeah ~! cik kura dah kembali... huhuhu... betol kan... lagu nih sedih sgt2....

tangan yg di sangka lembut menghayun buaian.. menggoncang dunia...