Mencintai Tidak Bererti Harus Memiliki . . .

Occey ~! 
Dah lama tak berblog.. 
Sekarang, mood jiwang pulak..




Tidak sukar untuk kita jatuh cinta ...
Seminit saja kita sudah boleh mencintai ...
Bila kita percaya cinta itu terbalas, dunia seakan berbunga-bunga ...
Bila mana kita rasa seolah-olah dunia itu cuma ada 'aku' dan 'dia' ...
Bila 'dia' dalam keresahan, kita datang memberi semangat dan dorongan ...
Bererti kita peduli dan ingin berkongsi penderitaan ...
Saat itu lah perasaan tersimpul antara satu sama lain ...
Rasa indah sangat ...

Tapi, semua tu tak kekal lama ...
Bila 'dia' jumpa yang lebih sempurna berbanding 'aku' ...
Simpulan mati tadi terlerai dengan mudahnya ...
Ketika itu lah fikiran 'dia' mula membandingkan ...
Perasaan sayang bertukar tuan ...
Sepertimana dengan sekelip mata cinta tu datang ...
Begitu juga lah dengan sekelip mata cinta tu musnah ...

Tanpa perasaan 'dia' buang 'aku' jauh ...
Dengan mudahnya 'dia' menggantikan 'aku dengan yang lain ...
Ketika itu kita berharap sesuatu keajaiban berlaku ...
"Adakah 'dia' datang memujuk untuk kembali bersatu semula ?"
Tapi apa yang diharapkan tak berlaku ...
Dimana dia ketika 'aku' dalam kesedihan ?
Kenapa tiada tanda penghargaan buat 'aku'  ?
Yang sebelum ni menjadi perangsang hidupnya ?
Air mata seperti tiada nilai dibiarkan terhempas berkecai ...
Terbayang kebahagiaan 'dia' bersama pengganti 'aku' ...
Sakitnya ... Hanya Allah mengerti hati 'aku' ...

Hanya doa untuk 'dia' yang mampu 'aku' utuskan ...
Berharap 'dia' bahagia dengan pengganti 'aku' ...
Itu sahaja mampu buat 'aku' juga turut rasa bahagia ...
'Aku' yakin Allah merancang sesuatu yang lebih indah buat 'aku' ...
Mungkin seseorang yang lebih baik dari sebelumnya ...
Harap Allah kabulkan doa dari hati 'aku' ...

Kini aku faham ... Mencintai Tidak Bererti Harus Memiliki ...



# tiada kena mengena dengan owner blog yer.. hanya tulisan hati.. hehehe ...


Occey ~! 
^_^

No comments :