Tiada Dara? Jangan Salahkan Ibu Ayah !

Sesuatu yang buat kan aku rasa sangat marah kesal.
Tak ada dara sesuatu perkara yang boleh dibanggakan?
Occey ! perkara ni bukan mainan, tapi serius.
Mesti fahamkan entry aku ni ditujukan untuk sape?




Occey ! umum kita tau, perbuatan zina itu ada lah perbuatan dosa..
Tapi bangga ke bagitau kat public yang kita tu dah tak ada dara (maksud nye berzina)?
Tak salah kalau nak luahkan rasa yang terbuku kat dalam hati..
Tapi, berpada-pada lah... 
Sepatutnya luahkan kat parent 
Atau takut kene marah luahkan kat kawan rapat yang lebih kita percaya..
Bukan lah pada blog yang tak di private kan, dengan bilangan followers yang ramai...
Kan dah mengaibkan diri sendiri, dan menjatuh kan maruah sendiri, 
Secara automatik nya memalukan keluarga 
Sebab dalam kes ni, orang akan tunding jari kat parent. 
Tambahan pulak kita dibawah umur... gambar pun jelas terpampang kat blog tu...
(mak aih... cakap macam ustazah dah aku berceramah...)


Banyak yang buat fan page kat facebook untuk menghina budak ni... 
(eleh... bukan kau pun join maki dia jugak ker?)
Ada yang hentam kat blog ..
Itu ke jalan penyelesaian nyer? salah cara kita...
Ada pihak lain pulak menyalahkan parent dia..
Kita penah nampak sendiri ke macam mana parent dia ajar anak dia?
Kita tak boleh 100% menyalahkan parent..
Yeah ! tau la anak-anak ni ibarat kain putih, parent yang mencorak kan..
Tapi kalau ada kain lain luntur, terkena kat kain putih tadi, kan tercemar jugak corak nye?
(huih ~ falsafah Karam Singh Walia  pulak .. hahaha... )


Nak tegur budak ni, dengan cara baik, lembut...
Kalau dia tak amek port nasihat kita tak apa.. 
Kita yang tak ada apa-apa hubungan dengan dia ni, tak kan lah nak pukul budak tu...
Apa yang kita patut buat, berdoa je pada Allah s.w.t supaya bukak pintu hati dia..
Allah s.w.t je yang boleh menghukum makhluk nya, kita siapa untuk menghukum orang..
Semoga Allah s.w.t mengampuni dosa-dosa mu dik ...
(saper yang anti giler kat dia mesti kata aku backing dia... hahaha...)


Jadikan kesalahan dia tu sebagai iktibar dan pengajaran ...
(haaa... jangan nak lepak kat luar malam-malam... kang mak babab kang ! )
Supaya kita tak ikut apa yang dia buat... 
Bukan memfofularkan n memalukan dia...
hehehe.... Untuk peringatan diri sendiri jugak..
(sedor tak per.... degil sangat ! baghaii !!)
occey ! tak nakal lepas ni ! janji !! ( iye lah tu... )
^_^


for Adinda Evans aka Daten Milano ( Nadia Elliza )
*insaf lah yer dik...*

5 comments :

Taufan Bin Ribut said...

pedulikan je ape mereka nak kate..^_^

Entri terkini : Ni tanda kau support,korang macam mane??

Botak said...

ada org kata, hilang dara tak semestinya berzina., byk cara lain., lagi pun dlm blog dak tu ade ke dia cerita pasal dia ngan sipolan²..

p/s: kurang amik tahu isu tahi mcm ni, tak penting.

Chenta Liyana said...

taufan :: hahaha.. yeye.. jgn pedulik kan ^_^

botak:: erm... entah lah... kalau dia hilang dara sebab onani sama lah jugak.. tetap berdosa.. tapi kalau dia hilang dara sebab kemalangan, atau sesuatu lain yang brlaku, tak kisah lah... (wallahualam)

EYFAalias said...

ntah. sikit2 nak salahkan mak ayah. Padahal eyfa rasa mak ayah mesti selalu nak yang terbaik untk anak2 dia.

Budak2 sekarang ni memang degil n keras kepala. cakap macam mana pn xguna. sebab tu lah jadi mcm ni.

semua salah diri sendiri. pokok pangkalnya diri sendiri. kalau dah didik baik2 pn tp last2 jd orang tak berguna. salah diri sndri la.

Liyana Yusof said...

eyfa:: nak buat mcm mna... mentaliti org kita ni selalu menunding jari pada mak ayah... ape2 je sebut mak bapak.. tak berfikiran rational langsung...