Orang Melayu Maki Islam?

Aku hampir mengalirkan air mata masa chat dengan group ni kat Facebook.. 
Nama group ni New World Order (NWO)Kalau tak salah aku, 
New World Order (NWO) ni sebenarnye nama sesebuah pertubuhan yang mengamalkan Freemansion. Aku tak faham apa motif diorang guna nama ni.. Rata-ratanya ahli dalamnya berbangsa Melayu yang berasal dari Malaysia dan Singapore. Tapi aku tak pasti pulak apa agama diorang.. Sebab dari cara diorang chat... hurm.. Wallahualam... Aku tak berani nak cakap.. 
Takut pulak nanti jadi fitnah diorang murtad pulak.. Free-free je aku dapat dosa.. 

Mulanya terjadi makian ni, 
Masa mula-mula aku saja suka-suka join diri aku sendiri dalam group tu.. Sebenarnya, masa tu, aku sendiri belum faham apa maksud New World Order (NWO) ni.. Then, aku bagi Salam kat bebudak yang ada kat dalam group tu melalui chat box.. Lepas tu, tiba-tiba dia maki aku dengan makian yang kurang sopan. 
(Ngok jugak kau ni, dah nama pun makian, secara otometik memang tak sopan ! haha...)

Tapi aku tak kisah sangat la dia maki aku kata aku ni pelacur, sundal, ank haram, dan sebagainya.. Bukan bermakna aku membenarkan ape yang diorang kata tu.. Tapi sebab aku perasan description kat atas tu tulis "maki tanpe sempadan...kalau x tahan elok kuar..."
Tapi aku mula panas bila dia mula maki aku dengan mengaitkan mak n ayah aku... Sape tak panas kan? Kalau nak maki aku, tak kisah lah..  Tapi jangan maki mak ayah aku yang tak buat apa-apa kesalahan kat dia.. Lagi satu, aku tak faham motif dia nak maki aku sebab aku masuk bagi Salam.. hurm...


Aku sedih sangat dia kata macam tu kat parent n ada jugak mengaitkan atuk aku dengan kata-kata lucah... Tapi aku bersabar dangan type "Astaghfirullah hal adzim"
Selapas itu diorang keluarkan kata-kata yang menghina solat lima waktu yang selalu umat Islam tunaikantiap-tiap hari...  Aku sempat print screen chat box tu...




Korunk yang bijak lagi pandai... Cuba baca chat yang aku copy kat bawah ni...




Bawah nilah ketua group tu yang mengeluarkan kata-kata kesat tersebut...
Bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah atau memalukan dia..
Tapi, supaya orang ramai dapat menegur perbuatan dia yang menjijikan dan menjatuhkan maruah orang..




Yang ni pulak orang lain yang menjadi mangsa makian dia...
Kalau korunk betul-betul beragama Islam, yang mempunyai akal dan fikiran...
Cuba tafsirkan chat kat bawah ni...




Dah terang-terangan orang tu sebut "Ya Allah".
Tuhan yang kita betul-betul, kenal bukanlah sebuah patung...
Tapi, patut tak dia kata orang tu bersumpah dengan patung ?
Dia tak kenal agama Islam ke? dia tak kenal Allah s.w.t ke?
Apa agama dia agaknya?




Mashallah.. 
Tapi, aku harap, korunk semua jangan maki dia pulak..
Sebab kalau maki dia, bermakna kita pun sama macam dia jugak...
Jadi, sama-sama kita tegur kesalahan dia... 
Kalau dia tak endahkan teguran kita tu, kita berdoa je lah pada Allah s.w.t ..
Supaya dosa-dosanya diampunkan...
Semoga Allah bukak pintu hati dia, n memberikan dia hidayah untuk bertaubat..
Amin...
Occey ~! 
^_^



6 comments :

Gagak said...

Apa punya orang,, aku yang baca ni pulak yang rasa nak meletop.. aishhh!!

apa nak jadi dunia skg ni,,,

Liyana Yusof said...

gagak:: hurm.. nk buat macam mana... Allah je yg mampu mengubah diorang nih.. T_T

Jue AbdRahman said...

teruknye umat Islam sekarang ni, bersyukur la kita masih ade iman, walaupun tak setinggi mana, alhamdulillah.
Ni klu org tarbiyah mau kene maki.. ulama je boleh tolong kot..

Liyana Yusof said...

Jue :: erm.. nak buat macam mana... may be diorang ni belum berfikiran matang untuk kenal mana yg baik n yang buruk...

kura said...

oh mak ai. teruk jugak bebudak ni. xpe, diorg selesa kot dgn life diorg yg mcm tu. biarkan biarkan, 1 hari nnt sedar la tu. amin!

Liyana Yusof said...

kura:: insyaAllah