Kereta Pun Ada Perasaan?

Percaya tak kalau aku cakap kereta yang selalu kita drive pegi merata-rata tuh pun ada perasaan sama macam manusia? Mungkin korunk belum ada pengalaman pasal ni. 
Aku tak nak la cakap kereta berhantu. 
Hahaha... Karang tak pasal-pasal je semua orang takut nak naik kereta... 
Ingat tak cerita katun Cars Movie. Alah.. yang ada kereta kaler merah yang cute tu..
Mungkin director cite Cars ni ada pengalaman macam aku jugak..
hehe...


Occey !
First Time ::
Aku cuma nak shared penagalaman aku je la..
Dulu masa aku form 4 kalau tak silap aku, time balik kampung untuk raya.. Masa tu abah aku bawak kereta Perodua Rusa kaler Merah.. Kereta yang paling banyak berjasa dalam family aku.. Manja giler Rusa neh.. hahaha... Dalam perjalanan nak ke kampung Atuk aku, abah aku lalu jalan nak ke Kampar. Kebetulan pulak masa tu tengah hujan lebat.. Tengah syok ayah aku sembang dengan akak aku, nampak la kereta Toyota Unser lalu sebelah kereta aku.. Masa tu pulak memang ayah aku tengah betul-betul gila dengan kereta tu.. Dah lama sangat dia teringin nak beli Toyota Unser. Ayah aku cakap la..


" huuuu~ cantik nye Unser... Ok tak kalau abah jual Rusa ni, lepas tu beli Toyota Unser "

Tetiba abah aku terlanggarkan lopak air, terus enjin kereta mati.. Masing-masing cuak lah.. Tiba-tiba je Rusa buat hal.. 11 Tahun pakai Rusa tak penah-penah buat hal, tiba-tiba je rosak... Terpaksa la berhenti kat tepi jalan... 3 jam tunggu kat tepi jalan tu, baru lah ada orang lalu bagi bantuan.. Nasib baiklah orang yang tolong tu makenik.. haha.. dia repair kat situ jugak.. aku pun tak tau lah ape masalah kereta tuh.. biasalah.. time tu aku bukan reti sangat pasal kereta-kereta nih.. haha... sejak tu, kitaorang tak sembang lagi pasal kereta lain kat dalam Rusa tu lagi... haha... Setiap kali masuk Rusa, kitaorang timang-timang dia dulu.. haha...

alololololo... cayang Rusa ! Tak mo majok ye Rusa. Rusa kereta yg baik kan? muah ! "

 Kalau orang dengar, orang kata kami sekeluarga gila.. hahaha...Tapi, sejak tuh dah tak der rosak lagi..



Second Time::
Baru-baru ni aku ngan family aku pegi KL sebab nak pegi tengok rumah sewa kakak aku.. Kali ni bukan kereta Rusa, tapi adik Rusa, Perodua Kancil.. haha.. yang ni kereta mak aku.. Sejak ada Kancil ni, kitaorang selalu guna Kancil jek la.. Sebab jimat minyak.. heheh.. Kali ni yang drive pulak kakak aku Shima.. Akak bagi tau kat abah aku.. dia teringin nak beli kereta untuk untuk keje nanti, tapi dia nak beli kereta yang biasa-biasa je. then dia nak beli kan lagi satu kereta family's car untuk abah aku.. tapi, katanye, abah aku kene la jual kereta Rusa supaya boleh beli family's car. Sampai je kat Ladang Bikam, tetiba mak aku tercium bau hangit.. akak aku pulak dengar bunyi kat enjin depan.. Temperature pulak kejap cold, kejap hot.. Abah aku soh akak aku behenti kat Perhentian Sebelah Ladang Bikam.. Masuk je kat perhantian, terus enjin kereta aku mati..huhu.. abah aku bukak bonet enjin depan.. keluar asap dengan bau hangit sekali.. abah aku dalam dah tak tentu arah, terus call wakil Insurans.. 4 jam jugak lah tggu Powing truck datang taring kereta.. Mencanggak kat bengkel sementara tunggu Pak Su aku datang agak lama jugak la... Lepas Maghrib baru Pak Su aku sampai... Kesian kat kitaorang.. terpaksa layan merajuk Kacil. Agaknye, dia merajuk tu sebab akak aku suruh abah aku jual abang dia Si Rusa tu kot.. Kalau jual Rusa, dia tak ada geng sembang.. Kalau kereta baru mesti sombong tak nak layan dia kan? (Berimaginasi kalah budak-budak umur 7 tahun.. Mengarut je engkau ni yana! ) haha...




Jadi, jangan la sembang nak tuka kereta lain dalam kereta kita tau..
tak pasal-pasal je dia mogok tak nak berjalan...
Tapi, korunk jangan la pecaya sangat tau...
Karang tak pasal-pasal je jadi khufarat khurafat.. haha
Ini cuma pandangan bagi aku je..
Occey ~!
^_^



3 comments :

Amni said...

hikss... hi dear.. saya da pengalaman... tp bukan dengan kereta.. dengan hp.. cam suka giler kat nokia e72.. asyik cakap ulang kali nak tukar hp.. padahal hp sony yang lama tu elok lg.. sekali dia merajuk.. ambikkk... terus tak leh guna... huhu.. nak tak nak, kena tukar hp baru jugak.. huhuhuhu...

yang menarik,
CEMBURU? –TAK PERLU KATA APA-APA

Liyana Yusof said...

kak amni:: hye kak amni... owh.. haha.. thanx shared story.. haha... agaknyer kan.. semua bnda ada perasaan mcm manusia jugak kan?

kalau lah semua benda tu boleh brcakap.. erm.. agak nyer, kita tak boleh buat keje.. haha...

Anonymous said...

salah satu kelemahan rusa ialah distributor yang rendah lokasinya, menyebabkan enjin mati jika melalui lopak air. dicadangkan supaya membalut distributor tersebut.