Mee Udang Pulau Sayak !!

Weee ~ nyum nyum ~
Semalam dua family datang ke rumah aku... ( bukan rombongan meminang tau ! )
Actually, diorang ni cousin aku dari KL. 
Diorang datang utara sebab ada kenduri kawen member diorang kat Peneng.
Kalau diorang datang utara nih, 
Tak sah la kalau tak datang umah family aku kat Sungai Petani ni.
Bila diorang datang utara ni, ayah aku la yang jadi pemandu pelancong.. (pemandu pelancong tak bertauliah)


Ni signboard lama.. Yang baru tak mcm ni lagi dah.. (sumber: google image)

Ayah aku bawak diorang pegi makan Mee Udang Yusuff Hj Ismail kat Pulau Sayak..
Hehehe... bukan ape, setiap kali kitaorang pegi KL, 
Mesti diorang terkenang pasal mee udang kat pulau sayak ni.
Sebab dulu ayah aku penah bawak diorang ni makan mee udang kat situ..
Tempat dia memang best.. betul-betul tepi pantai nelayan... 
( tapi pantai dia tak sesuai utk mandi, keruh derr)
Sebelah kedai dia, tempat penyelidikan udang.. 

Ni lah rupa Mee Udang Yusuff Hj Ismail, Pulau Sayak ni... sedap kan? (sumber: google image)
Nak habaq kat hampa, me udang dia.. pergh ~! sedap beb... 
( mula-mula loghat kedah, tiba2 jd KL. haha..)
Memang boleh kecor air lior nengok nyee~ ( loghat peghak la pulok.. )
Lau korang nak rasa macam mana rasa mee udang Pulau Sayak ni...
Datang la kat Sungai Petani... tak jauh pun.. dekat jer tempat dating aku, Pantai Merdeka..
(ehh ehh... sejak bila pulak aku dating kat situ?? tak penah aku becinta dengan orang Kedah. haha.. )
Hehehe... nanti aku bawak kan korunk ke situ ..
Occey ! ^_^  




*maaf, sume gambar ciplak dari google image.. sebab kusyuk makan, x sempat amek gambar*

2 comments :

phycrewz said...

wah..nampak sedapla. nak sket..

Chenta Liyana said...

hahaha... dah abes masuk perut lah ^_^