Maafkan Aku

Ku akui, dulu aku terlalu sayang kat kau, 
Sampai aku sanggup gadaikan maruah aku sendiri demi engkau..
Aku korbankan segala-galanya untuk engkau.. 
Aku tak tidur malam sebab melayan webcam dari engkau.
Aku tak sanggup lakukan kerana aku tahu apa yang kau mintak dari aku tu adalah satu dosa.
Aku ikhlas sayangkan kau.. Tapi apa yang kau nak dari aku hanyalah nafsu semata-mata..
Kau tipu aku. Kononya kau dah tinggalkan dia dulu.. 
Kini baru aku tahu kau masih dengan dia sehingga mengikat tali pertunangan.


Kau hantar mesej kat aku..
Tapi, yang balas itu bukan aku..
Lelaki itu yang balas, dan aku diugut.
Kau chat aku di Yahoo Messenger,
Tapi yang balas itu bukan aku... 
SUMPAH bukan aku..
Setiap kali kau cuba contact aku, aku diugut, dimarah, dan dipukul..
Tapi kau tak tau ape yang berlaku atas diri aku..


Sudah berkali-kali aku beritahu engkau..
Aku tak mahu lakukan kerana aku tak mahu dosa.
Aku merayu pada engkau untuk berhenti minta 'itu' dari aku..
Tapi engkau menangis merayu supaya aku lakukan untuk kau..
YA ! aku lakukan walaupun terpaksa..
Sebab aku terlalu sayangkan kau.. 
Aku tak sanggup tengok kau menangis.


Tahniah !
Kini kau dah berjaya mencapai cita-cita kau.
Tahniah juga atas pertunangan kau.
Aku berharap kehidupan kau sebagai seorang artis, dan tunangan orang, dapat membahagiakan kau..
Semoga engkau terus berjaya.
Amin.






No comments :