Kesabaran dan Doakan untuk Kebahagiaan Orang Lain.

Setiap orang yang dah dengar cerita pasal aku, mesti semua akan kata 
"Ish ish ish... penyabar betul lah engkau ni"
"Dasyat citer engkau ni. Tapi engkau masih boleh tersenyum. Tinggi betul tahap kesabaran engkau"
"Macam-macam orang buat kat engkau, tp engkau masih boleh sabar lagi kan?"

Ye ke aku ni penyabar? Panas baran tu adalah.
Tapi, bila ingat balik setiap perkara yang berlaku keatas diri aku, aku sendiri rasa nak marah.
'Apasal lah aku ni bodo sangat.'
'Padan muka aku, mudah sangat terpedaya dengan mulut manis orang'

Erm... betullah kan... tak kan lah aku nak salahkan orang lain..
Aku pun degil, tak nak dengar kata mak, abah n akak-akak aku.
Diorang dah didik aku elok-elok. Aku yang tak nak dengar kata.
Naaa... sekarang tanggunglah derita tu sensorang.. 
Sekarang ni banyak yang aku sesalkan dalam hidup aku..
Tak boleh la aku nak story-mory dalam ni.. Ni kan hal peribadi..
Kang orang laen baca, aku jugak yang malu.. huhuhu...

Biarlah, perkara yang lepas biarkan berlalu...
Sekarang aku nak tumpukan pada masa depan aku.
Kesian kat emak dan abah aku yang dah bersusah payah membesarkan aku.
Aku nak balas jasa diorang..
Bukan la aku nak tunjuk baik, tapi, inilah kenyataannya...

Apa yang aku mampu lakukan..
Cuma berdoa untuk kebahgiaan diorang semua.
Semoga masing-masing bahagia dengan pasangan masing-masing.
Yang perangai macam FIRAUN tu, aku harap berubahlah.
Ku doakan Allah membuka pintu hati kamu dan memberikan hidayah.
Sementara Allah beri peluang untuk hidup, bertaubatlah.
Yang dah bertunang, atau yang dah nak kawin, jagalah GADIS awak baik-baik.
Jangan melukakan hati dan jangan permainkan perasaan meraka.

Semoga Allah s.w.t makbulkan doa ku.
Ampunkan segala dosa yang telah ku lakukan..




I'tiraf seketika:
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai
Terimalah taubatku wahai Tuhan yang Maha Tinggi
Dan usiaku berkurangan setiap hari
Dan dosaku bertambah setiap masa

Tuhanku, hambaMu yang sering melakukan maksiat telah datang kepadaMu
Sentiasa membuat dosa, dan sesungguhnya telah berdoa kepadaMu
Jika Kau ampunkan, maka itu adalah hakMu
Dan jika Kau tinggalkan, maka siapa lagi yang hendak kami harapkan sepertiMu

No comments :