Karak dan Kereta Volkswegan Kuning !

Tajuk entry pun dah boleh agak kan? Hahaha....
Dah tentu tentu nye pasal filem seram yang pertama kali nya di hasilkan oleh Yusri Abd Halim, KRU.
Kalau KRU yang hasil kan filem, mesti tak kan lari dengan technology CGI.
Sebelum ni filem Hikayat Merong Mahawangsa, kali ni Karak pulak...


Aku pun tak tau lah sejauh mana kebenaran hantu kat Karak ni.
Tapi jiran aku sendiri pun penah citer pasal jalan lama Karak atau Highway Karak.
Dia selalu lalu at jalan Karak nih, sebab kampung dia pun kat Pahang.
Yang dia penah citer kat aku lah kan, dia dengan suami dia dalam perjalanan balik ke kampung..
Masa tu lah lewat malam jugak lah.. Dalam keadaan highway yang sunyi tu,
Tetiba dia nampak ada gerai goreng pisang kat tepi jalan. 
Yang ada cuma dua orang yang tengah tunduk makan. 
Sorang lagi pulak peniaga, dalam kaadaan tertunduk jugak.
Occey ! secara logik akal lah kan, ada ke orang jual goreng pisang waktu tengah-tengah malam?
Tepi highway pulak tu.. Aku highlight kan TEPI HIGHWAY ! Tak mungkin kan?
Tiba-tiba anak dia yang tengah tido tu terjaga n mintak nak makan goreng pisang. (dan-dan tym macam tu pulak dia lapar kan? hahaha....)
Dia tanya kat suami dia, patut ke dia beli goreng pisang kat  tepi jalan tu?
Nasib baiklah suami dia masih berfikiran waras untuk tak membeli goreng pisang tuh..
Pergh ~! agak-agaklah kan.. kalau dia beli jugak goreng pisang tu, bila sampai kat mana-mana untuk makan, mesti goreng pisang tu bertukar jadi ulat atau cacing kan? eeeeuuuwwww~



Tapi yang aku hairan, dalam cerita Karak ni ada tonjolkan pasal Volkswegan kuning yang berhantu.
Ehh ehh... bukan ker Volswegan kuning tu kisah kat Lebuhraya Utara-Selatan di Terowong Manora, Ipoh?
Owh, kat Karak pun ada jugak eyh Volkswegan kuning berhatu? 
Kisah ni aku penah baca dulu dalam Mastika. Tahun bila entah aku pun tak ingat.
Sebab kisah tu dah lama. Masa tu pun aku kecik lagi. (Tak kecik sangat lah.. Darjah tiga kot ~)
Apa punca Volkswegan ni berhantu aku pun tak tau. 
yang aku tau, bila lalu kat Terowong Manora tu atas pukul 12 pagi dengan kelajuan 110 keatas, 
Kereta Volkswegan kuning ni akan muncul, n akan memotong kita macam ajak lumba..
Kalau kita potong kereta tu, kemungkinan kereta kita akan terbabas n excident...


Tapi sepanjang aku balik ke kampung dari Kedah ke Perak, tak penah pulak aku jumpa kereta ni...
Teringin jugak aku nak tengok rupa pemandu tuh.. kah kah kah .. ( wah ! cakap besar ye engkau)

Sebenarnya kalau nak diikutkan, kat mana-mana pun ada hantu..
Hantu-hantu yang kita nampak ni sebenarnya iblis n syaitan. Bukan nye roh !. 
Cuma kebiasaanya kita tak nampak sebab Allah s.wt dah tutup mata kita dengan '7 tirai'.
Jadi, kita tak perlulah terlalu takut dengan hantu-hantu ni...
Tapi, kalau tak takut jangan lah cakap besar sangat... (berlagak macam kuat sangat)
Apa yang kita perlu rasa cuma takut, tapi yakin yang 'diorang' tu ciptaan Allah.s.w.t jugak..

Wait ~! aku buat entry ni, aku dah tengok ke citer Karak ni? (heleh ! tengok pun belum lagi, banyak cakap. )
Hahahaha.... that why lah aku tak citer langsung apa yang ada dalam karak ni...
Yang aku citer ni pun berdasarkan research yang aku buat melalui KRU Studios .
Hehehe... nak tengok tp xder orang nak jadi peneman..
Nanti bila aku dah tengok aku kasi tau kat korunk keyh !
^_^









3 comments :

Rushdiey said...

ade org ckp best
ade org ckp x best

Chenta Liyana said...

hahaha... tak tau lah best ker tak...
belom tengok lagi.. tapi heran jugak..
orang kecoh-kecoh pasal citer karak ni...
mna tau kan kot best... baru boleh guna perkataan PECAH PANGGUNG rite?

Kazen said...
This comment has been removed by a blog administrator.